Monday, November 30, 2009

Majlis Qurban Dan Kenduri Rakyat Di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh


Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) Kampung Matang Pagar, UMNO Cawangan Matang Pagar dan JKKKP Kampung Matang Pagar telah menganjurkan Majlis Qurban dan Kenduri Rakyat pada Hari Ahad 29 Novemer 2009. Tujuan majlis itu diadakan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk- penduduk beragama Islam di Kampung Matang Pagar. Sebahagian besar penduduk Kampung Matang Pagar telah menghadiri dan menjayakan majlis tersebut. Kepada semua yang menjayakan majlis tersebut pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.




YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor
ADUN Paya Jaras sedang menyampaikan ucapan

Sebahagian peserta kenduri rakyat sedang
mengambil makanan selepas ucapan


Sebahagian peserta sedang mendengar ucapan
YB. Dato' Bushro




Sempena Qurban dan kenduri rakyat acara berzanji
dan marhaban diadakan












Majlis Qurban Di Kampung Merbau Sempak Tambahan

UMNO Cawangan Kampung Merbau Sempak Tambahan dibawah pimpinan ketuanya Sdra. Mohamad bin Abu Bakar telah berjaya menganjurkan majlis Qurban sempena sambutan Hariraya Aidiladha pada tahun 2009 ini. Beliau telah mengorbankan sebanyak 3 ekor lembu untuk diagih-agihkan pada penduduk tempatan dan ahli-ahli dari cawangannya disamping fakir miskin tidak dilupakan. Penyampaian sumbangan telah dilaksanakan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang














Sunday, November 22, 2009

Abdul Rahim Abu Bakar - Pegawai JASA DUN

Saya Abdul Rahim bin Abu Bakar adalah Pegawai JASA bagi DUN Paya Jaras. Saya telah dan akan berkerja keras untuk membantu YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Kawasan Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang dalam memastikan para penduduk dan pengundi mendapat perkhidmatan yang terbaik. Saya akan berusaha untuk mengadakan program-program kemasyarakatan dan politik sebanyak mungkin dalam usaha menyampaikan hasrat dan cita-cita kerajaan.

Dalam masa yang terdekat ini iaitu pada Hari Ahad 29 November 2009 satu program kenduri rakyat sempena sambutan Hariraya Raya Aidil Adha akan diadakan di Kampung Matang Pagar dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) di kampung itu. Ketua Pengarah JASA turut dijemput bagi memeriahkan program itu disamping YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor aakan sama-sama beramah mesra dengan penduduk dan pengundi.