Monday, November 30, 2009

Majlis Qurban Dan Kenduri Rakyat Di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh


Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) Kampung Matang Pagar, UMNO Cawangan Matang Pagar dan JKKKP Kampung Matang Pagar telah menganjurkan Majlis Qurban dan Kenduri Rakyat pada Hari Ahad 29 Novemer 2009. Tujuan majlis itu diadakan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk- penduduk beragama Islam di Kampung Matang Pagar. Sebahagian besar penduduk Kampung Matang Pagar telah menghadiri dan menjayakan majlis tersebut. Kepada semua yang menjayakan majlis tersebut pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.




YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor
ADUN Paya Jaras sedang menyampaikan ucapan

Sebahagian peserta kenduri rakyat sedang
mengambil makanan selepas ucapan


Sebahagian peserta sedang mendengar ucapan
YB. Dato' Bushro




Sempena Qurban dan kenduri rakyat acara berzanji
dan marhaban diadakan












1 comment:

  1. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada JKKKP/KRT dan UMNO Matang Pagar kerana telah menjayakan program Qurban dan kenduri rakyat pada Hari Ahad 29 November 2009 yang lalu. Sesungguhnya program itu telah berjaya menyatupadukan penduduk penduduk Matang Pagar dan kawasan sekitarnya. Terima kasih Pak Long orang lama yang telah memainkan peranan dibelakang tabir.

    ReplyDelete