Saya Abdul Rahim bin Abu Bakar adalah Pegawai JASA bagi DUN Paya Jaras. Saya telah dan akan berkerja keras untuk membantu YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Kawasan Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang dalam memastikan para penduduk dan pengundi mendapat perkhidmatan yang terbaik. Saya akan berusaha untuk mengadakan program-program kemasyarakatan dan politik sebanyak mungkin dalam usaha menyampaikan hasrat dan cita-cita kerajaan.
Dalam masa yang terdekat ini iaitu pada Hari Ahad 29 November 2009 satu program kenduri rakyat sempena sambutan Hariraya Raya Aidil Adha akan diadakan di Kampung Matang Pagar dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) di kampung itu. Ketua Pengarah JASA turut dijemput bagi memeriahkan program itu disamping YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor aakan sama-sama beramah mesra dengan penduduk dan pengundi.
Sunday, November 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment